Mitsubishi Motors Malaysia pamer Triton dan Xpander ubah suai di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur

526

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia menyertai Tokyo Auto Salon dengan mempamerkan kenderaan ubah suai di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

MMM akan memaparkan kenderaan dua Triton dan Xpander yang diubah suai, serta dua kereta pelanggan yang dimodifikasi mengikut elemen gaya hidup. Mempamerkan konsep sporty keseluruhan, gerai Mitsubishi Motors akan terletak di Dewan 3, lot C301 di Aras 1.



Selain itu, pengunjung Tokyo Auto Salon yang memandu uji Triton atau Xpander akan menerima barangan Mitsubishi Motors dan berpeluang menyertai cabutan bertuah di mana lima pemenang akan mendapat pin tambah nilai Touch N Go bernilai RM300.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here