Pemilik Alza senarai defek sepanjang pemilikan, selain radio ada terkesan isu absorber ‘bocor’

2068

Membeli kenderaan baru seharusnya memudahkan pengguna sepanjang pemilikan. Bagaimanapun, isu defek pada model baru tidak dapat dielakkan.

Cuma yang membezakan adalah defek melibatkan kerosakan kecil atau besar. Namun, defek ini juga bergantung pada ‘luck’ pengguna. 

MASALAH DEFEK ALZA 



Ada pemilik kereta barunya bebas isu defek dan sebaliknya. Di grup Facebook ALZA 2022, seorang pengguna berkongsi senarai masalah yang dihadapi pengguna sepanjang menggunakan MPV berkenaan.

Pada awal penghantaran Alza, rata-rata pengguna mengalami masalah radio tidak berfungsi dengan baik. Ini melibatkan masalah vendor dan Perodua menggantikan dengan unit baru.  

Selain itu, ramai pemandu Alza mengeluh dengan masalah penapis minyak hitam bocor selepas servis 10,000km.

Perodua menyatakan isu itu dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun ini menerusi vendor alternatif dan penambahbaikan produk.

ABSORBER KELUAR MINYAK

Terkini berdasarkan pemerhatian Motoqar, beberapa pemilik Alza mengakui berdepan masalah absorber ‘bocor’. 

Kebarangkalian masalah berkenaan adalah ‘terpinggir’ yang berlaku pada segelintir pemilik. Pemilik Alza mendapati ada kesan minyak pada komponen suspensi belakang MPV tersebut.

“Minggu lepas baru claim absorber belakang, ni still ada bunyi lain, tak tau bunyi apa. Pening pale,” tulis Apek Black.

Seorang lagi pengguna, Sa Zali berkongsi mengalami nasib yang sama namun sudah menuntut waranti lalu digantikan yang baharu. 

Cuma pemilik kenderaan baru perlu berhati-hati apabila ingin menggunakan komponen selepas pasaran bimbang waranti terbatal. Seperti mana berlaku pada pemilik Axia ini yang menggantikan rim sukan. 

KESAN ABSORBER ROSAK

  • Apabila absorber rosak anda akan mendapati pemanduan menjadi melantun dan tidak selesa.  
  • Setiap kali membrek bahagian depan kereta seolah menjunam. 
  • Stereng bergegar ketika memandu di jalan rata menunjukkan absorber rosak bahkan sukar dikawal ketika dipandu laju.
  • Apabila getah absorber haus, akan terdengar bunyi ketukan termasuk bunyi aneh seperti dengung dari tayar yang mana sentuhan tayar dan jalan tidak sekata. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here