Nak beli Perodua Axia E?, ini kos penyelenggaraan perlu anda tahu!

11166

Perodua Axia versi lebih murah dilancarkan semalam pada harga serendah RM22,000.

Tawaran Axia E berkenaan sebahagian daripada objektif asal untuk menyediakan mobiliti mampu milik dan berkualiti kepada rakyat Malaysia.



Menurut Perodua, varian berkenaan dapat memberi peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu.

Walaupun tawaran harga mampu milik, bagaimana pula dengan kos selang servis yang perlu dikeluarkan pemilik Axia E?. Adakah masih dikategorikan harga ‘rahmah’?.

Di bawah ini kos penyelenggaraan Axia yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Perodua.

  1. Servis 10,000km (RM156.20)

Pada tahun pertama, apabila perbatuan mencapai 10,000km pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM156.20. Kos sama yang perlu dikeluarkan oleh pemilik Axia automatik. 

Pada servis pertama melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 FS 3 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Tiada caj buruh dikenakan

2. Servis 20,000km (RM283.12)

Sebagai persediaan sebelum perbatuan mencapai 20,000km, pemilik Axia E perlu  menyediakan RM283.12 yang mana kos sama yang perlu dikeluarkan pemilik automatik. Bagi servis kedua ini melibatkan pertukaran:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 FS 3 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Palam pencucuh (3): RM45.30
  • Caj buruh: RM77
  • Caj SST: RM4.62

3. Servis 30,000km (RM238.70)

Pada kilometer ini, kos servis lebih murah RM44.42 berbanding selang servis 20,000km. Servis 30,000km melibatkan pertukaran:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 FS 3 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Penapis kabin: RM24.20
  • Caj buruh: RM55
  • Caj SST: RM3.30

Ini menjadikan kos servis Axia adalah RM 238.70 yang mana pemilik juga perlu membayar harga sama bagi servis 90,000km. 

4. Servis 40,000km (RM483.68)

Sebelum mencapai servis 50,000km, Axia perlu dihantar bagi menjalani penyelenggaraan major pada 40,000km yang melibatkan kos RM483.68

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 FS 3 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket minyak hitam: RM3.80
  • Penapis pembersih udara: RM57
  • Palam pencucuh (3): RM45.30
  • Minyak brek: RM33
  • Minyak gear MT: RM38.20
  • Drain plug gasket MT: RM2.40
  • Caj buruh: RM143
  • Caj SST: RM8.58

Kos ini adalah sama apabila Axia mencapai perbatuan 80,000km. Bagaimanapun, sedikit murah berbanding pemilik automatik. 

5. Servis 50,000km (RM213.44)

Pada kilometer ini, pemilik perlu mengeluarkan RM213.44 yang melibatkan servis:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 FS 3 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Caj buruh: RM54
  • Caj SST: RM3.24

Kos ini adalah sama apabila Axia mencapai perbatuan 70,000km.

6. Servis 60,000km (RM423.12)

Pada kilometer ini, kos servis adalah RM307.32 yang melibatkan pertukaran:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 FS 3 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Palam pencucuh (3): RM45.30
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Penapis kabin: RM24.20
  • Caj buruh: RM77
  • Caj SST: RM4.62

7. Servis 100,000km (RM283.12)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis semakin murah. Pada selang servis ini pemilik perlu menukar set palam pencucuh buat kali keempat pada harga RM45.30.

Selain itu, pemilik manual juga perlu menukar minyak hitam bersama penapis yang menjadikan kos selang servis keseluruhan adalah RM283.12.

Dalam tempoh lima-tahun, pemilik Axia manual membelanjakan sekitar RM2,901 untuk penyelenggaraan iaitu jimat sekitar RM145 berbanding Axia automatik. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here