Kehadiran Toyota Innova Zenix ke pasaran Malaysia menawarkan pilihan tambahan buat keluarga besar yang sedang mencari kenderaan baharu.
Innova Zenix didatangkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk iaitu tujuh atau lapan penumpang pada harga bermula daripada RM165,000.
Selain bayaran bulanan, pemilik juga perlu memperuntukkan kos servis dalam bajet pemilikan kereta baharu. Jadi berapakah kos servis Innova Zenix sepanjang lima tahun pemilikan.
UMW Toyota menawarkan pakej penyelenggaraan yang dinamakan MaxCheck. Di bawah pakej ini, ada dua pilihan selang servis setiap 10,000km iaitu Advance atau Basic. Manakala servis Advance Plus adalah wajib melibatkan penyelenggaraan major.
SERVIS 1,000KM (RM230.51)
Penyelenggaraan pertama melibatkan perbatuan 1,000km. Pada servis ini pemilik perlu mengeluarkan wang sejumlah RM230.51 yang melibatkan penyelenggaraan:
- Minyak motor formulasi sintetik 4 liter: RM139
- Minyak motor formulasi sintetik 1 liter: RM35
- Cecair pencuci cermin depan: RM3.00
- Penapis minyak: RM38.60
- Drain plug gasket: RM2.80
- Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
- Tiada caj buruh dikenakan
*Bagaimanapun, pemilik hanya perlu membayar harga pakej iaitu RM225.
*Sekiranya memilih pakej minyak sintetik penuh kos servis adalah RM265.
ADVANCE
Pelanggan yang memilih selang servis Advance, kos penyelenggaraan adalah RM333.86:
- Minyak motor formulasi sintetik 4 liter: RM139
- Minyak motor formulasi sintetik 1 liter: RM35
- Cecair pencuci cermin depan: RM3.00
- Penapis minyak: RM38.60
- Drain plug gasket: RM2.80
- Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
- Caj buruh: RM97.50
- Caj SST: RM5.85
*Bagaimanapun, pemilik hanya perlu membayar harga pakej iaitu RM325
*Sekiranya anda memilih pakej minyak sintetik penuh perlu membayar RM365
Servis Advance melibatkan perbatuan 10,000km, 20,000km, 30,000km, 50,000km, 60,000km, 70,000km, 90,000km dan 100,000km.
Selain itu, pada servis 10,000km pemilik juga melakukan servis injektor pembersih tangki minyak berharga RM54.
Manakala, servis tambahan pada 30,000km adalah mengganti penapis udara kabin dengan kos RM323.
Apabila mencapai 100,000km pemilik juga perlu menukar palam pencucuh Iridium bernilai RM560.
- Minyak motor formulasi sintetik 4 liter: RM139
- Cecair pencuci cermin depan: RM3.00
- Drain plug gasket: RM2.80
- Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
- Caj buruh: RM52
- Caj SST: RM3.12
*Bagaimanapun, pemilik hanya perlu membayar harga pakej iaitu RM205
*Sekiranya anda memilih pakej minyak sintetik penuh perlu membayar RM235
Penyelenggaraan Basic melibatkan perbatuan 15,000km, 25,000km, 35,000km, 45,000km, 55,000km, 65,000km, 75,000km, 85,000km dan 95,000km.
ADVANCE PLUS
Advance Plus merupakan penyelenggaraan major pada perbatuan 40,000km dan 80,000km dengan kos RM568.53, melibatkan komponen:
- Minyak motor formulasi sintetik 4 liter: RM139
- Minyak motor formulasi sintetik 1 liter: RM35
- Minyak brek: RM20
- Cecair pencuci cermin depan: RM3.00
- Penapis minyak: RM38.60
- Drain plug gasket: RM2.80
- Penapis pembersih Udara: RM174
- Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
- Caj buruh: RM117
- Caj SST: RM7.02
Bagi yang memilih minyak enjin sintetik penuh jumlah servis yang perlu dibayar adalah RM605.
Selain servis di atas, komponen lain yang perlu diganti apabila mencapai perbatuan 80,000km adalah:
- Radiator Drain Plug O-Ring + SLLC: RM116.50
- Servis CVT: RM293.80
- Penapis mintak: RM225.24
Sepanjang 5-tahun pemilikan, kos servis yang perlu dikeluarkan pemilik Innova Zenix adalah sekitar RM4,168 manakala Proton X90 pula sekitar RM5,000.