Wan Azizah tak minta nombor plat ‘Isteri PM’

2001

Gambar sebuah Toyota Vellfire dengan nombor plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang tular bukannya atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ali.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) ketika lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.



“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, “ katanya.

Jelasnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

“Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu.

“Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah,” katanya.

Sebelum itu, tular video dan gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan Isteri YAB Perdana Menteri dan mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengampu Perdana Menteri.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here