Geng Sifu Trading kantoi sewa jet peribadi dan kenderaan sama untuk konten

1623

Dunia digital membolehkan peniaga mahupun pengasas produk memasarkan barangan jualan dengan mudah.

Bahkan sudah menjadi lumrah dalam kalangan mereka menayang kenderaan mewah untuk menunjukkan kejayaan perniagaan walaupun ada antaranya hanya menyewa.



Dan…sayangnya masih ada yang tertipu dengan helah berkenaan. Baru-baru ini, netizen membongkar helah ‘sifu’ trading yang berkongsi jet peribadi dan kenderaan mewah untuk membuat konten kelas forex mereka.

Dalam video promosi masing-masing itu, mereka menggunakan jet peribadi, beberapa kereta mewah antaranya Aston Martin Vantage, Nissan GT-R R35, Lamborghini Huracan Performante dan Range Rover yang sama.

Bahkan, lebih mencuit hati ada terhibur apabila terdapat satu video yang mana mereka meletakkan kereta limosin di kawasan parkir Space U8, satu pusat komersial SUMO (Shop Unit Mall Office) yang jarang sekali memiliki pengunjung. 

Salah seorang pengguna Facebook Mohammad Amirul Yusri berkata pesawat yang digunakan sifu trading itu N888FJ telah ditamatkan perkhidmatan yang mana penerbangan terakhir Ipoh-Subang 2018.

Selain itu, dikatakan empat indiviu sifu trading menggunakan pesawat yang sama untuk konten namun tidak pernah menunjukkan video terbang dengan pesawat peribadi berkenaan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here