Polis trafik Mumbai menahan seorang lelaki pada Ahad lalu selepas rakaman video yang menunjukkan dia menunggang skuter bersama tujuh kanak-kanak tular.
Lelaki itu menunggang skuter bersama kanak-kanak tersebut tanpa memakai topi keledar.
Kejadian yang berlaku di jambatan tengah Mumbai (timur) itu dikongsi oleh pengguna Twitter @sohfacts pada 20 Jun dengan kapsyen, “Gila..tidak bertanggungjawab membonceng tujuh kanak-kanak menaiki skuter. Dia harus segera ditangkap kerana mempertaruhkan nyawa tujuh anak kecil….”
Lima hari selepas kejadian, polis berjaya mengesan lelaki itu dan membuka kertas siasatan di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 308 (cubaan membunuh) di Balai Polis Tardeo.
Not the ride we support!
This rider had put the life of all pillion riders and others in danger.
A serious offence u/sec 308 IPC for attempt to commit culpable homicide not amounting to murder has been registered against the accused rider. #FollowRules #SetRightExample https://t.co/PKgCY0grhN pic.twitter.com/q2VmoRi8oj
— Mumbai Traffic Police (@MTPHereToHelp) June 25, 2023