Tahun lalu, Perodua Alza (2022) menjadi kereta pertama Malaysia lulus Ujian Perlanggaran Asean NCAP dengan penarafan lima bintang.
Bagaimana pula dengan kembarnya Daihatsu Xenia yang dipasarkan di Indonesia?. MPV itu merupakan model kelima Daihatsu yang diuji oleh Asean NCAP.
Menggunakan model 1.3 M (manual), Xenia memperoleh penarafan 3-bintang dengan 64.50 poin. Sebagai perbandingan, Perodua Alza memperoleh 81.64 poin daripada 100.
Xenia ialah model Daihatsu pertama yang dinilai di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025.
Jumlah markah yang diperoleh MPV tujuh tempat duduk itu:
- Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP): 32.63 mata
- Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (COP): 14.37 mata
- Bantuan Keselamatan (SA): 10.50 mata
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 7.50 mata
Markah keseluruhan keselamatan perlindungan bagi kanak-kanak adalah 36.63 poin berbanding mata penuh 51 iaitu sedikit lebih rendah berbanding Alza (43.04 poin).
Protokol Penilaian ASEAN NCAP 2021-2025 menjalankan penilaian ketat yang mana kenderaan perlu melalui ujian keselamatan pasif (melindungi penghuni semasa kemalangan) dan keselamatan aktif (mencegah kemalangan daripada berlaku).
Walaupun Xenia melakukannya dengan baik dari segi menyediakan perlindungan perlanggaran, kelengkapan peralatan keselamatan aktif masih perlu dipertingkatkan.