Polis cari rider lawan arus di Plaza Tol Ipoh Utara

668

Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas seorang penunggang motor dirakam melawan arus di  Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya sedang mengesan penunggang tersebut dan meminta saksi kejadian berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (016-4173222).

“Pihak polis memandang serius kejadian ini kerana masih ada pengguna jalan raya melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab hingga membahayakan diri sendiri dan pengguna lain.



“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjaran tidak lebih 5-tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000,” katanya. 

Hasil siasatan, rakaman dilakukan pada 2 Julai antara jam 11 pagi hingga 11.15 pagi ketika seorang wartawan akhbar tempatan melaporkan siaran langsung pergerakkan trafik sempena Hari Raya Aidiladha.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here