Nissan Serena J IMPUL: Hadir kemasan krom, rim 18 inci buatan Jepun, harga bermula RM169,888

513

MPV hibrid paling laris di Malaysia kini lebih bergaya dan mewah berbanding sebelum ini dengan pengenalan Nissan Serena J IMPUL serba baharu.

Serena J IMPUL direka bentuk berdasarkan kelebihan Pakej Premium Highway Star, dan dipertingkatkan lagi dengan sentuhan luaran yang berkualiti tinggi dan anggun. Penampilannya lebih sporty serta suasana kabin yang mewah. Semuanya dibangunkan secara eksklusif dengan kerja sama penala selepas pasaran terkenal, IMPUL Jepun. 



Pada bahagian hadapan, keanggunan Serena dipertingkatkan dengan hiasan krom yang menyerlahkan profil agresif bampar hadapan, ia juga melengkapkan krom tersendiri gril hadapan V-Motion Nissan yang berani. 

Di bahagian belakang pula, kemasan krom digunakan pada tepi bawah bampar untuk membezakan J IMPUL secara visual dan supaya ia padan dengan aksen krom hadapan dan lambang IMPUL yang terdapat pada tailgate.  

Rim 18 inci buatan Jepun

Pakej luaran Serena J IMPUL disempurnakan dengan set roda aloi jejari Y IMPUL Millennium dengan kemasan hitam berkilat. Aloi ringan 18 inci ini digilap dengan sempurna dan dikilangkan di Jepun yang dibaluti tayar Goodyear Eagle F1 Sport berprestasi ultra tinggi.

Bahagian dalaman Serena yang luas juga menerima ubah suai IMPUL premium. Tempat duduk dan kemasan pintu dilapisi dengan kulit kombinasi. Bukan sahaja kulit Nappa yang dipilih dengan teliti nampak mewah dan rasa lembut apabila disentuh, manakala warna kontras hitam-burgundy juga menaikan lagi suasana kabin dengan ketara dengan corak tempat duduk yang berinspirasikan taman batu Jepun yang unik serta sulaman logo IMPUL.

Ia masih menggunakan rangkaian kuasa S-Hybrid yang cekap bahan api yang terdiri daripada enjin MR20DD 2.0 liter CVTC 4 silinder yang disokong oleh motor elektrik Kawalan Tenaga.

Ia menghasilkan 150hp dan 200Nm yang mana tenaga itu disalurkan ke transmisi X-TRONIC CVT serta Kawalan Anjakan Adaptif yang lancar.  Apa yang lebih penting lagi ialah ia dapat menawarkan penjimatan bahan api yang luar biasa sebanyak 14.2km/l, iaitu bersamaan dengan 852km pada tangki penuh bahan api.

Nissan Intelligent Mobility 360° Safety Shield

Setiap Serena dilengkapi secara standard dengan Nissan Intelligent Mobility 360° Safety Shield, serta menawarkan bantuan pemanduan maju Nissan seperti Intelligent Predictive Forward Collision WarningIntelligent Forward Emergency Braking, Blind Spot Warning, Lane Departure Warning.

Apabila bercakap mengenai kelajuan parkir, Intelligent Around View Monitor (360° cameras)  dan Moving Object Detection menawarkan pandangan “bird’s eye view” serta mengesan objek bergerak di sekeliling kenderaan, misalnya kanak-kanak atau haiwan peliharaan secara automatik. Fungsi ini dipadankan dengan Rear Cross Traffic Alert yang memberi amaran kepada pemandu apabila terdapat kenderaan yang menghampiri semasa mengundur. 

Keletihan pemandu semasa perjalanan jarak jauh juga boleh ditangani dengan Intelligent Driver Alertness yang memantu input stereng untuk menentukan sama ada pemandu memberi penumpuan semasa memandu.

Nissan Serena J IMPUL serba baharu ini dijual pada harga RM169,888. Semua aksesori IMPUL dipasang di kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here