Thailand debut Honda City Facelift, harga mula RM83k

689

Honda City facelift debut di Thailand dan masih lagi menawarkan lima pilihan varian. Namun, varian S sebelumnya digantikan dengan pilihan hibrid baru e:HEV SV.

Berikut pilihan varian yang ditawarkan:

  • Honda City V: THB 629,000 (RM83,224)
  • Honda City SV: THB 679,000 (RM89,839)
  • Honda City RS: THB 749,000 (RM99,101)
  • Honda City e:HEV SV: THB 769,000 (RM101,747)
  • Honda City e:HEV RS: THB 839,000 (RM111,009)

Tiada perubahan daripada segi trenkuasa yang mana varian V, SV dan RS menggunakan enjin 1.0 liter turbo 3-silinder VTEC yang menghasilkan kuasa 121PS @ 5,500rpm dan tork 173Nm @ 2,000-4,500rpm berama kotak gear CVT. 



Sementara versi hibrid menggunakan sistem Honda Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang mana penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi motor elektrik (109PS/253Nm) bersama transmisi e-CVT. 

NAIKTARAF LUARAN

Versi facelift menerima perubahan luaran yang signifikan agar kekal relevan di pasaran. Berikut kemaskini yang diterima City facelift antaranya:

  • Bar krom lebih ‘slim’ yang diletakkan di antara gril dan intake bawah
  • Rekaan gril multi jalur digunakan pada semua varian kecuali RS yang menerima reka bentuk ‘honeycomb’
  • Model RS juga didatangkan dengan skid skirting, lampu kabus dan apron bawah yang berbeza
  • Bampar belakang baru
  • Versi RS menerima elemen hitam pada diffuser bampar belakang, spoiler but, antena ‘shark fin’ dan penutup cermin sisi

Tidak ketinggalan, pelanggan negara jiran boleh memilih peralatan tambahan menerusi pakej Modulo merangkumi skirting sisi, rim, spoiler but dan lain-lain.

Dalam kabin pula masih lagi mempertahankan reka bentu papan pemuka sebelumnya. Kini Honda menawarkan paparan TFT multi-info 4.2-inci yang dikemaskini pada varian turbo.

Manakala tempt duduk varian RS ditawarkan dengan kemasan kombinasi kulit dan upholsteri kulit sintetik. Versi SV pula menerima kemasan merah gelap pada kerusi, tengah konsol dan panel pintu. 

HONDA SENSING

Naiktaraf signifikan adalah tawaran Honda Sensing pada keseluruhan varian yang mana melibatkan ciri keselamatan pasif:

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW)
  • Lampu tinggi auto (AHB) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  • Kawalan Kruise Adaptive (ACC)

Selepas pelancaran di Thailand, adakah City facelift bakal menyusul di pasaran tempatan mengambilkira kelibat unit ujian model berkenaan pernah dilihat di jalan raya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here