Imej Toyota Vellfire yang tular menggunakan nombor plat ‘fancy’ baru-baru ini sebenarnya merupakan gambar lama yang dikongsi semula.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata pihaknya menerima maklumat gambar Toyota Vellfire dengan nombor pendaftaran RQ174 yang tular di Facebook pada 6 Julai.
“Berpandukan maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Kajang mengunjungi rumah pemilik MPV berkenaan.
“Pemeriksaan fizikal ke atas MPV tersebut mendapati pemilik menggunakan nombor plat mengikut spesifikasi.
“Hasil soal selidik dengan pemilik, gambar yang ditularkan adalah foto lama di Facebook pada 2018 dan dikongsi semula,” jelasnya.
Pihak polis telah menasihati pemilik Toyota Vellfire tersebut supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas dan meminta orang awam supaya tidak
menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh mengundang kegusaran masyarakat.