Pelik tapi itulah kenyataan, ZONTES DISTRIBUTION (M) SDN BHD kini memulakan kempen ‘Turun Padang’ bermula Mac 2023.
Menyantuni pemilik ,itu antara salah satu usaha demi mengekalkan Ukhwah antara pengedar dan pemilik Zontes disamping mengilapkan semula jenama Zontes dipersada pasaran motosikal di negara kita.
Zontes Distribution(M) Sdn Bhd tidak hanya sekadar melepaskan ‘Batuk DiTangga’. Perkhidmatan selepas jualan menjadi tonggak utama dalam merealisasikan citarasa pemilik.
Pelbagai program disusun atur dalam usaha mengilapkan kembali produk Zontes yang kian malap popularitinya selepas serangan wabak Covid-19 .
Kemunculan produk zontes bermula 2018. Empat versi siri 310 merupakan model yang diperkenalkan oleh Zontes Distribution(M) Sdn Bhd ke Malaysia.
Versi 155 juga turut diperkenalkan ke pasaran negara kita pada 2021,namun jualan model berkenaan terbantut ekoran serangan Covid-19.
Zontes Distribution(M) Sdn Bhd juga menyedari masaalah yang membantutkan jualan mereka bermula dari 2020 sehingga penghujung 2021.
Keabsahannya Covid-19 berpunca dari negara pengeluar Zontes iaitu China. Ini mengakibatkan pemilik berdepan dengan kemelut dapatkan alat ganti setelah sekatan kemasukan pelbagai barangan dari negara.
Isu alat ganti dan mekanik mahir antara punca utama merosotnya jualan produk Zontes di negara kita.Kemuncak amarah pemilik begitu ketara dengan isu berkenaan.
Nasib pemilik terumbang ambing dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.
Sesuatu usaha dalam membaikpulih serta kembalikan kepercayaan pemilik harus dilakukan oleh pengeluar.
Program Road Show mempromosikan model siri 310 dan model siri 155 telah diadakan bermula penghujung bulan Februari. Pelbagai acara permotoran disertai.
Objektif program Road Show bertujuan mendekati masyarakat dan pemilik motosikal Zontes.
Peluang menunggang serta sesi penerangan teknikal turut dipraktikan. Motoqar.Com terlibat secara langsung bersama program serta diberi mandat membuat liputan sepanjang program berlangsung.
Tinjaun kami mendapati, majoriti orang awam mahupun pemilik motosikal yang telah mencuba motosikal Zontes terkejut dengan sistem serta kemampuan jenama ini.
Pendedahan yang terbatas menjadikan model Zontes siri 310 dan siri 155 tidak begitu popular. Menurut mereka yang hadir,harga motosikal Zontes berkategori mampu milik.
Program Road Show telah diadakan di Selangor,Kelantan,Melaka dan Kuala Terengganu.Hasil progam jelas mendapat sambutan yang tidak dijangka.
Terkini program Road Show diteruskan dengan tatacara menyantuni pemilik.
Program ini dipraktikkan dalam mengenal pasti dilema pemilik Zontes. Sesi penerangan dari wakil Zontes mengenai hala tuju jenama berkenaan turut diseltkan dalam program.
Lokasi pertama program menyantuni pemilik telah diadakan di Lemang To’ki Bentong,Pahang. Majoriti pemilik yang hadir adalah dari Lembah Kelang.
Dalam sesi berkenaan pemilik berpeluang bertanya pelbagai soalan berhubung kait dengan alat ganti serta pusat servis sah Zontes yang terdapat disekitar Lembah Kelang.
Menurut Ketua Program, Shawn Wong, program Road Show diteruskan mengikut Zon.Ianya melibatkan Zon Tengah,Timur,Selatan dan Utara.
‘Kami menghargai serta mengucapkan terima kasih kepada pemilik yang setia dengan produk Zontes” ujar Shawn.
Walaupun situasi begitu meruncing semenjak 2020 pelbagai masaalah yang ditempuhi oleh pemilik Zontes. Maka Zontes Distribution(M) Sdn Bhd mengambil langkah yang innovatif.
Ini bertujuan mendedikasikan penghargaan diatas semangat pemilik Zontes yang tidak mudah menyerah kalah.
Segala usaha dalam mengilapkan semula jenama Zontes di negara kita tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan pemilik.tegas Shawn Wong.
Keperihatinan serta sikap tanggungjawab yang dipertontonkan oleh pengeluar Zontes menjadi contoh dimana pengeluar menghargai serta menyanjungi pemilik.
Tanpa pemilik pengeluar akan rugi.Tanpa pengeluar pemilik tidak akan memiliki.