Dua maut bas kemalangan dengan kereta

386

Dua maut dan tujuh penumpang bas cedera parah akibat kemalangan melibatkan bas dan kereta di KM285.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pagi tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi Bakarya Mohd Salleh berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi tadi.



Jumlah mangsa terlibat yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas (lelaki) dan penumpang wanita warga Indonesia.

“Seramai 13 mangsa (penumpang) lain cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ),” katanya..

Bakarya berkata, mangsa yang menaiki kereta pula terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here