Proton Exora hangus terbakar, seorang maut

527

Seorang maut manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas sebuah Proton Exora terlibat kemalangan dengan sebuah lori Isuzu 5-tan di Jerantut, Pahang.

Akibat kemalangan tersebut Proton Exora berkenaan hangus terbakar sepenuhnya. 

Komander Operasi, PBK II Rosdi Talib berkata anggaran peratusan kebakaran adalah 100 peratus dan semua mangsa yang terlibat dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba.



“Pihak bomba menerima panggilan kemalangan jalan raya di Jalan Jerantut Jengka-Sungai Salan, Jerantut pada jam 12.39 tengah hari.

“Dua wanita dewasa yang cedera parah dihantar ke hospital dan seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, anggota bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran rel hos tangki pam jentera dan memastikan tiada lagi punca api.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here