Kereta dipandu ‘landing’ atas pagar, pasangan suami isteri maut

495

Suami isteri yang maut selepas kereta dinaiki terbabas di KM 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu, Gopeng dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli untuk anaknya yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43, maut di tempat kejadian manakala ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan, 7 parah di kepala.



Ketua Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata selepas menghantar seorang daripada anak mereka ke kolej berkenaan, empat beranak berasal dari Tronoh itu keluar untuk membeli barangan.

“Mereka kemudian (ingin) kembali semula ke kolej untuk menghantar barang yang dibeli namun dalam perjalanan (sampai) di tempat kejadian, kemalangan berlaku,” katanya.

Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di kawasan kilang memproses tayar terpakai.

Katanya, polis yang tiba mendapati kereta Proton Perdana dipandu oleh Noraini dari arah Gopeng menuju arah Kota Bharu berada di atas pagar kawasan kilang itu dengan bahagian depan menghala ke arah jalan.

Punca kemalangan dikenalpasti dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here