Honda Malaysia pagi tadi memperkenalkan Honda WR-V ke pasaran tempatan menerusi empat pilihan varian.
Dijual pada harga bermula daripada RM89,900, WR-V bakal bersaing dengan Perodua Ativa yang dijual pada harga antara RM62,500 hingga RM73,400.
Berminat memiliki SUV kompak ini?..di bawah kami kongsikan kepada anda kiraan kasar ansuran bulanan WR-V yang didapati dari laman web Honda Malaysia.
Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama sembilan dan lima tahun serta deposit 10 peratus dengan kadar faedah 2.5 peratus.
VARIAN TERENDAH S (RM89,900)
Varian asas, S dijual pada harga RM89,900. Pemilik perlu membayar deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM8,990 dengan jumlah pinjaman RM80,910.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM917.73
- 5-tahun: RM 1,517.06
VARIAN TERENDAH E (RM95,900)
Sementara, bagi varian E pula, pemilik perlu mengeluarkan deposit sebanyak RM9,590 dan jumlah pinjaman yang diterima adalah RM86,310.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM978.98
- 5-tahun: RM1,618.31
VARIAN TERENDAH V (RM99,900)
Bagi varian E, pemilik perlu mengeluarkan deposit sebanyak RM9,990 dan jumlah pinjaman yang diterima adalah RM89,910.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM1,019.81
- 5-tahun: RM 1,685.81
VARIAN TERTINGGI RS (RM107,900)
Bagi varian tertinggi RS, pelanggan pelru memperuntukkan deposit sebanyak RM10,790 dan jumlah pinjaman adalah RM107,900.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM1,101.48
- 5-tahun: RM1,820.81
Di samping bayaran bulanan, pengguna juga perlu membuat kiraan kos lain misalnya cukai jalan, minyak, tol dan sebagainya. Untuk model WR-V, cukai jalan setahun adalah RM90 manakala tangki penuh dianggarkan sekitar RM69 (RON 95).