Kisah Tim Shaddock bersama anjingnya, Bella yang hanyut di lautan pasifik selama tiga bulan satu naskah kisah benar yang perlu difilemkan.
Dia bersama Bella hanyut merentasi lautan Pasifik. Demi bertahan hidup, Tim mengisi perut dengan makan ikan mentah dan minum air hujan sebelum ditemukan anak kapal pukat tuna, Marie Delia.
PERTAMA KALI TEMUI MANUSIA
@skynews #TimShaddock and his dog #Bella survived on rainwater and raw fish after being hit by a #storm which destroyed their communications system #sea #castaway #catamaran 🔗 Link in bio for more
Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, Tim meletakkan tangannya ke dada sebagai tanda lega dan syukur terselamat.
Helikopter bot tuna Marie Delia melihat kapal layar katamaran Shaddock kira-kira 1,930km dari darat ketika mencari kumpulan ikan.
Juruterbang, Andrés Zamorano mencampakkan minuman lalu meninggalkannya sebelum kembali dengan bot laju.
“Juruterbang itulah orang pertama saya lihat dalam tempoh tiga bulan,” kata Tim.
Menurut Grupomar, pengendali armada nelayan, Shaddock dan Bella ditemui dalam keadaan tidak terurus, kekurangan bekalan dan tempat tinggal. Anak kapal bot tuna memberikan rawatan perubatan, makanan dan penghidratan sebaik menyelamatkannya.
TERIMA KASIH….
“Saya baik-baik saja. Saya berasa jauh lebih baik,” katanya kepada pemberita di dermaga bandar pelabuhan kira-kira 337km ke barat bandar Mexico.
Dia juga berterima kasih kepada kapten dan syarikat nelayan yang menyelamatkan dirinya. Warganegara Australia itu tidak menyangka dapat menempuh pengalaman tersebut.
Shaddock menggambarkan dirinya sebagai seorang yang pendiam dan suka menyendiri di lautan. Dia buntu ketika disoal tentang keputusan berangkat dari Semenanjung Baja Mexico untuk menyeberangi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, pada April.
“Tidak pasti saya ada jawapan untuk itu, tetapi saya sukakan lautan dan seronok berlayar.
“Satu-satunya persediaan yang boleh anda lakukan ialah membawa bot ke laut dan mengujinya,” kata Tim yang sedar musim taufan akan datang hujung April.
Tim, 54 memulakan perjalanan dari bandar Mexico, La Paz tetapi terkandas akibat cuaca buruk. Kali terakhir dirinya melihat daratan adalah pada awal Mei ketika belayar keluar dari Laut Cortez menuju ke Pasifik di bawah bulan purnama.
Dia mengandaikan sekitar awal Mei, walaupun tarikh itu samar-samar dalam ingatannya.
“Ia adalah pelayaran yang sangat baik pada bulan penuh. Bot bergerak laju pada malam yang cerah,” kongsinya ketika ditemui dalam keadaan kurus dan berjanggut tebal.
PERSEDIAN RAPI
Jelasnya, dia membuat persediaan rapi namun ribut memusnahkan segalanya, Tim kehilangan layar, semua peralatan elektronik tidak berfungsi, termasuk navigasi, dan keupayaannya untuk memasak makanan.
“Terdapat banyak, banyak, banyak hari buruk dan banyak hari baiik.
“Tenaga, keletihan adalah bahagian yang paling sukar,” katanya demi kekal positif, dia terjun ke dalam air berenang, meditasi dan menulis jurnal.
Selama tiga bulan itu, Tim membaiki barangan di atas bot, memancing dan menadah air hujan. Dalam dirinya rasa ketakutan bahawa keesokan harinya dia mungkin terlalu letih, terlalu lemah.
“Arus berubah arah. Jadi jika anda hanyut anda tiba-tiba hanyut dalam bulatan. Dan angin, berubah sepanjang masa.
“Ombak bergerak ke pelbagai arah dan ia menghipnotis. Anda tiba-tiba berasa seperti berada dalam pusaran air,” kongsinya.
BERPISAH DENGAN ANJING
Tim yang berhenti kerja korporat demi meneruskan impian berlayar solo merentas lautan itu terpaksa melepaskan Bella.
Tim menyerahkan anjing itu kepada anak kapal yang menyelamatkan mereka. Ini kerana peraturan ketat mengimport haiwan ke Australia.
Haiwan yang boleh dibawa ke Australia adalah dari negara yang diluluskan, Mexico tiada dalam senarai.
Mengimbas kembali pertemuan mereka, Tim menemui Bella di tengah Mexico yang mana anjing itu terus mengikutinya walaupun Tim cuba mencarikan rumah buatnya selama tiga kali.
Shaddock berkata dia akan kembali ke Australia tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga.