Hampir sedekad, akhirnya Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) mempersembahkan trak pikap satu tan, Mitsubishi Triton Serba Baharu di Bangkok, Thailand.
Triton akan dilancarkan di pasaran di rantau ASEAN termasuk Malaysia serta Oceania tidak lama lagi. Selain dijadualkan dilancarkan di Jepun pada awal 2024 buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun.
Kini dalam generasi keenamnya, Triton serba baharu direka semula sepenuhnya buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.
Berdasarkan konsep produk “Power for Adventure” semua elemen Triton direka semula sepenuhnya, daripada reka bentuk dalaman dan luaran kepada casis, ladder frame dan enjin.
Untuk pasaran Thailand, ia ditawarkan dengan tiga jenis badan iaitu Double Cab, Single Cab dan Club Cab.
Ini fakta penting yang perlu tahu generasi keenamnya, Triton serba baharu:
1. Reka bentuk lebih macho
Ia kini tampil saiz yang lebih besar berbanding model sebelumnya, menggunakan ladder frame yang baru dibangunkan yang memberikan ketahanan dan kebolehpercayaan.
Malah, Triton serba baharu menerapkan muka hadapan Dynamic Shield dengan kehadiran gril depan tiga dimensi. Lampu nyalaan siang menampilkan tiga lampu LED berbentuk L menyerupai pandangan tajam burung helang dan dalam kombinasi dengan lampu 3-cahaya tiga dimensi di bawahnya.
Sisi badan bertema mendatar, berbeza dengan panel fender yang menjuntai tajam untuk menjadikannya kelihatan lebih lebar, menekankan kestabilan dan tegap.
Lampu belakang berbentuk T memaparkan reka bentuk belakang yang kukuh. Spoiler belakang yang meningkatkan aerodinamik, pemegang pintu lebih besar dan mudah digenggam dan pemijak sisi yang lebih lebar dengan saliran air yang dipertingkatkan.
2. Ruang Dalaman reka bentuk mendatar
Panel instrumen direka dengan konsep Horizontal Axis, yang menggunakan bentuk bertemakan mendatar dan kukuh untuk membolehkan pemandu melihat perubahan postur kenderaan dengan mudah semasa memandu.
Turut dipadankan pad lembut bagi bahagian kawasan utama yang melindungi penumpang untuk memastikan utiliti.
Dari segi reka bentuk, bahagian dalam menggunakan banyak bentuk geometri dan unsur logam untuk mencipta ruang moden yang kontras tinggi.
Roda stereng dan pemegang pintu semuanya direka berdasarkan pendekatan yang dipanggil Mitsubishi Touch dengan tumpuan pada keselesaan.
Perhatian khusus diberikan kepada keterlihatan untuk monitor, meter dan suis yang menggunakan warna kontras dan pemilih, dail dan suis semuanya mempunyai tahap kepekaan optimum untuk membolehkannya dikendalikan semasa memakai sarung tangan.
Konsol tengah mempunyai dua tempat letak minuman dan kotak konsol boleh memuatkan empat botol plastik 600 ml.
Selain daripada soket kuasa USB-A dan USB-C, Triton turut dilengkapi dengan pengecasan peranti tanpa wayar di bahagian tengah.
3. Tempat duduk lebih selesa
Tempat duduk hadapan menyediakan sokongan belakang bawah, manakala kawasan bahu memberikan kemudahan pergerakan yang membantu mengurangkan keletihan pemandu.
Titik pinggul juga digerakkan 20 mm ke atas berbanding model sebelumnya dan postur tegak diguna pakai untuk meningkatkan penglihatan dari dalam kenderaan.
Di samping itu, untuk masuk dan keluar lebih mudah dengan mereka bentuk tiang A lebih menegak untuk meluaskan bukaan pintu dan melebarkan pemijak kaki bagi mengurangkan risiko tergelincir.
4. Tiga pilihan enjin diesel
Bagi pasaran Thailand, ia ditawarkan dengan tiga varian enjin diesel bersih 4N16 yang baru iaitu 2.4 liter dengan 16 injap serta empat silinder sebaris.
Versi spesifikasi tertinggi dilengkapi dengan pengecas turbo baharu dan sistem kebuk pembakaran baharu, memberikan output maksimum 201.15 hp dengan tork maksimum 470 Nm dari 1,500 rpm.
Bagi dua varian spesifikasi standard ia menawarkan output maksimum 181.04 dan tork maksimum 430 Nm, manakala satu lagi menghasilkan 147.51 hp dan tork maksimum 330 Nm. Kedua-duanya mempunyai pengecas turbo VG yang melakukan kawalan berubah-ubah kapasiti turbin.
Triton serba baharu didatangkan dengan sama ada transmisi automatik enam kelajuan dengan mod Sport yang terkenal daripada model sebelumnya, atau transmisi manual enam kelajuan dengan shift-by-wire yang mengurangkan getaran yang dihantar terus daripada enjin dan meningkatkan keselesaan.
5. Pengendalian lebih baik
Sistem 4WD membolehkan pemandu menukar ke mod 4WD dengan mudah semasa memandu dengan menggunakan pemilih dail.
Triton menggunakan sistem Super Select 4WD-II dan Easy Select 4WD Mitsubishi Motors, yang dilengkapi dengan pengesan tork Limited Slip Differential (LSD) yang mengagihkan daya penggerak pada nisbah 40 peratus ke hadapan dan 60 peratus ke belakang sekali gus memastikan prestasi cengkaman dan prestasi di selekoh.
Model yang dilengkapi dengan sistem Super Select 4WD-II boleh memilih daripada empat pilihan:
- 2H (pacuan roda belakang)
- 4H (pacuan empat roda sepenuh masa)
- 4HLc (pembezaan tengah terkunci)
- 4LLc (pembezaan tengah terkunci dengan gear yang lebih rendah)
Turut mempunyai tujuh mod pemanduan termasuk:
- Normal
- Eco
- Gravel
- Salji
- Lumpur
- Pasir
- Batu
Pada masa sama, Active Yaw Control (AYC) baharu juga dipadankan model yang dilengkapi dengan sistem Super Select 4WD-II.
Ia meningkatkan prestasi selekoh dengan menggunakan brek ringan pada roda hadapan bahagian dalam apabila selekoh. Kedua-dua model pacuan dua roda dan empat roda dilengkapi dengan LSD aktif (jenis kawalan brek).
Dengan menggunakan brek pada roda berputar dan mengagihkan tork pemanduan kepada roda yang mencengkam permukaan jalan, ia meningkatkan keselamatan pada permukaan licin sambil turut memberikan pengalaman pemanduan yang sporty.
Kawalan Kestabilan & Traksi Aktif (ASTC) yang meningkatkan kestabilan pada jalan berliku adalah dilengkapi standard pada semua model.
Sistem lain termasuk Hill Descent Control (HDC), yang mengekalkan kelajuan yang ditetapkan di cerun menurun untuk membolehkan pemanduan dengan yakin, dan Hill Start Assist (HSA), yang menghalang pergerakan balik di bukit bermula.
6. Suspensi baharu lebih selesa
Suspensi double wishbone baharu untuk hadapan, selain pendakap upper arm bagi model 4WD dan 2WD High Rider digerakkan ke atas 20 mm untuk keselesaan pemanduan yang lebih baik.
Suspensi belakang memberikan keselesaan pemanduan yang lebih baik dengan penggunaan sistem leaf spring yang lebih ringan bersama penyerap hentak yang lebih tebal.
Biarpun badan yang lebih besar, pusingan u turut diminimumkan. Ia juga lebih mudah dengan melihat pada garisan bonet hadapan untuk membuat pusingan.
Bagi varian spesifikasi tertinggi, ia dilengkapi dengan stereng bantuan elektrik.
7. Ciri Keselamatan ADAS
Triton serba baharu kini dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control (ACC). Ia juga dipertingkatkan bersama-sama dengan pengekalan sistem Tebatan Perlanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Perubahan Lorong (LCA), dan Amaran Lalu Lintas Rentas Belakang (RCTA).
8. Kawalan kenderaan dengan Mitsubishi Connect
Untuk keselamatan pemandu, pengguna boleh meminta bantuan ke pusat panggilan dengan satu sentuhan butang sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan, sambil juga mampu melaporkan sekiranya berlakunya keluar beg udara secara automatik.
Dengan memuat turun aplikasi ke telefon pintar, Mitsubishi Connect boleh mengesan lokasi kenderaan, selain memeriksa baki bahan api, sejarah pemanduan dan aspek lain keadaan kenderaan.
Tambahan pula, ia boleh dikawal dari jauh untuk menghidupkan penyaman udara sebelum mereka masuk ke dalam kereta, dan juga mengendalikan lampu depan dan hon.
Bila masuk Malaysia?
Buat masa ini, kami menjangka Mitsubishi Triton ini dijangka masuk pada tahun hadapan. Namun, ia bukan pada awal tahun, tetapi mungkin pada suku tempat 2024.