Di Indonesia beredar beberapa keping imej brosur yang didakwa merupakan Honda CBR250RR-R 4-silinder.
Kemunculan brosur berkenaan cukup misteri dan ada khabar angin menyatakan ia merupakan mesin baru inspirasi teknologi MotoGP.
Jika diperhatikan reka bentuk sportbike berkenaan cukup garang dengan badan yang berlekuk. Bahkan suspensi monoshock menggunakan model baru linkage (vertikal), dua saluran ABS dan rangka baru untuk menyokong mesin yang berkuasa.
Persoalannya, adakah CBR250RR-R 4 silinder yang ditunggu peminat lokal negara jiran itu merupakan model baharu PT Astra Honda Motor (AHM)?.
Menurut penulis tempatan, buat masa ini masih belum ada projek enjin 250cc 4-silinder. Difahamkan, projek jentera berkenaan dihentikan kerana tren pasaran motor sport 250cc tidaklah sebesar seperti masa lalu.
Dipercayai imej brosur yang beredar itu hanyalah janaan digital dan bukannya daripada PT AHM.
Sebelum ini, khabar tentang CBR250RR-R 4 silinder bukan baru di Indonesia. Mengambilkira Honda Indonesia memiliki sumber yang besar bagi membangunkan enjin 4-silinder berkenaan.
Tambahan, sebelumnya Honda pernah memiliki produk 4-silider iaitu CBR250RR MC19 ataupun MC22. Honda CBR250RR MC22 dilancarkan sekitar 1990-1994.
Jentera berkenaan menggunakan enjin DOHC 4 silinder sebari 16-injap dengan kuasa 45hp dan tork 21.5Nm. Kelajuan maksimumnya pula 205kmj. Honda memiliki pengalaman luar biasa menghasilkan mesin 250cc 4-silinder.