Nombor yang diletakkan pada setiap nozel pam minyak mewakili paras oktana dalam bahan api.
Paras oktana ialah ukuran ketahanan haba bahan api tertentu untuk mengelakkan perkara yang biasa dikenali dalam kalangan mekanik bunyi ketukan pada enjin.
Persoalannya bolehkah mencampurkan RON 95 (kuning) dan RON 97 (hijau) dalam tangki yang sama?. Ini jawapan Pakcik Shell.
View this post on Instagram
“Bolehje, tapi kalau saya, saya buat cara lain. Lepas guna minyak kuning dua, tiga atau empat kali..gunakan sampai habis dulu lepas tu baru isi minyak hijau.
“Kerana minyak hijau ini selain daripada RON yang tinggi, dia ada agen pembersihan. Bila guna sepenuhnya baru kesan pembersihan itu sangat berkesan,” katanya.
SENSOR KETUKAN
Sebenarnya mudah, anda mungkin akan mendapatkan prestasi yang lebih baik sekiranya menggunakan minyak lebih mahal.
Petrol dengan RON lebih tinggi akan memberikan prestasi dan penjimatan bahan api lebih baik bagi enjin yang direka untuk bahan api sedemikian.
Pembakaran dalam enjin ini akan membebaskan lebih banyak tenaga daripada bahan api hasil daripada pemampatan yang lebih tinggi dalam kebuk pembakaran.
Kereta yang dilengkapi dengan ‘sensor ketukan’ dapat menyesuaikan dengan RON bahan api lebih rendah sedikit (minimum) daripada yang ditetapkan pengeluar kenderaan tersebut.
Sensor membolehkan enjin menyesuaikan dengan RON yang lebih rendah tetapi enjin akan menggunakan lebih banyak petrol dan kehilangan sedikit kuasa.
Mencampurkan RON95 dan RON97 tidak mempunyai sebarang kesan buruk selagi bahan api memenuhi atau melebihi RON minimum yang diperlukan oleh enjin.