Nissan Z Nismo rasmi lancar di Jepun menerusi rangkaian naik taraf signifikan. Berikut penambahbaikan yang dilakukan:
- Nissan menambahbaik penyejukan enjin 3.0 liter turbo berkembar V6 sekaligus menghasilkan kuasa 420hp (+20hp) dan tork 520Nm (+45Nm).
- Nissan membangunkan Z Nismo menggunakan transmisi automatik sembilan kelajuan secara eksklusif, bermakna manual enam kelajuan model standard bukanlah pilihan.
- Bahagian pek klac transmisi disemak semula dan meningkatkan perisian pengurusan enjin yang mengurangkan masa downshift hampir 50 peratus.
- Sistem kawalan pelancaran juga ditambah dan terdapat mod pemanduan Sport+ dengan program peralihan yang ditala acah litar lumba.
- Selain itu, komponen kawalan pintu sisa (wastegate) elektronik dikemaskini bagi meningkatkan boost turbo dan kelajuan turbin.
- Naiktaraf bampar depan dan splitter yang juga dikenali sebagai ‘Grand-Nose’ atau ‘G-Nose’ menjadikannya lebih panjang ke depan dan mengambil inspirasi reka bentuk daripada Fairlady 240ZG.
- Bampar baharu juga mempunyai kanard di setiap sudut untuk mencipta pusaran di atas roda depan.
- Bahagian tepi terdapatnya sill baharu bagi mengurangkan seretan dan daya angkat serta lip spoiler hingga fender belakang.
- Jurutera Nissan juga mengemaskini bampar belakang bagi mengurangkan seretan.
- Nissan Z Nismo menerima rim Rays 19-inci dengan kemasan hitam berkilat
- Menggunakan tayar Dunlop SP Sport MAXX GT600 bersaiz 285/35 di belakang menjadikan ia 10mm lebar berbanding Z Performance.
- Bagi meningkatkan kawalan pengendalian kereta sukan itu, ia dilengkapi dengan bar stabilizer, spring lebih keras dan besar serta peredam yang ditala.
- Meningkatkan lagi prestasi kereta ialah pemasangan rembat tambahan pada belakang, depan dan bawah lantai belakang serta sesendal (bushing) suspensi depan dan belakang yang lebih keras. Rak stereng dipasang dengan sesendal mounting lebih tegar.
- Kemas kini bahagian kabin merangkumi punat enjin start/stop berwarna merah dan butang mod pemanduan, grafik pada kluster instrumen digital, kerusi Recaro dan stereng baharu dengan kemasan kulit dan Alcantara.
- Warna badan yang ditawarkan Black Diamond Pearl, Brilliant Silver, Passion Red TriCoat, Everest White Pearl TriCoat dan Stealth Grey.