Julai lalu Chery Malaysia rasmi memperkenalkan dua SUV baharu selepas mengumumkan kemunculan semula jenama berkenaan ke pasaran tempatan.
Baru-baru ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merupakan salah seorang pelanggan jenama automotif China berkenaan.
View this post on Instagram
Menerusi akaun Instagram, Chery Malaysia berkongsi Lee Chong Wei memilih Chery Omoda 5 sebagai hadiah buat bapanya.
“Terima kasih kerana memilih SUV terbaik buat bapa awak, Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei Selamat datang ke keluarga Chery,” tulisnya.
SUV segmen-B bersaing dengan model Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan Proton X50. Pasaran tempatan didatangkan dengan dua pilihan varian C dan H pada harga mula RM108,800.
SUV itu dijana oleh enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 1546hp dan tork 230Nm. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi CVT 9-kelajuan.