
Menerusi perkongsian Siti Nur Aisah Afandi di Facebook semalam, dia terpaksa menghubungi pihak polis untuk membantu.
“Kau orang tengoklah macam mana nak keluar, dua jam aku hon tak ada siapa yang keluar. Saya jerit dalam 10 minit tapi masih tak keluar. Jadi saya call polis terdekat.
“Polis sampaije tak sampai 20 minit pemilik keluar tak pakai baju. Dia bagitahu yang dia lupa, semalam takda parking so dia parkinglah kat situ.
“Dia minta maaf cakap pesakit kanser, saya jenis cepat kesian. Saya tak marah sikitpun, tapi abang polis tu jelah yang marah.
“Kawan aku cakap dia sakit bukan pekak, betulahkan tiga jam menunggu, bolehke korang sabar macam aku. Polis nak call towing tapi owner dah keluar,” tulisnya.
Perkongsian wanita pada grup Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.