Honda perkenal N-Box generasi ke-3 di Jepun, naiktaraf signifikan

385

Honda N-Box generasi ketiga rasmi diperkenalkan di Jepun yang mana pra tempahan mula dibuka Ogos ini. Penghantaran pula akan bermula pada musim luruh.

Walaupun masih lagi menampilkan rekaan berkotak, Honda menaiktaraf luaran N-BOX agar tampil signifikan.



Rekaan gril depan ‘berlubang’ dan lampu utama acah mata manusia menyerlahkan kesederhanaan dan mesra pengguna. 

Pakej gaya fesyen baharu menggunakan warna putih pudar pada hendal, perumah cermin sisi dan penutup rim yang sama dengan badan menyerlahkan keindividuan pemilik. 

Pasaran Jepun didatangkan dengan dua pilihan varian Honda N-BOX dan Honda N-BOX Custom. 

Versi Custom didatangkan dengan gril tiga dimensi, lampu depan LED projeksi terus dan lampu belakang dengan lensa jernih seperti kebiasaan N-BOX Custom. Penampilan yang rendah dan lebar serta rekaan aero meningkatkan prestasi aerodinamik.

Tawaran N-BOX Custom Coordination Style menawarkan aksesori gril depan krom gelap, rim aluminium hitam, bingkai plat belakang krom gelap dan pilihan dua warna badan dengan bumbung hitam. 

Honda N-Box kini didatangkan dengan paparan TFT 7-inci yang pertama buat mini Honda yang memaparkan fungsi Honda Sensing. 

Di samping itu, tersedia kotak simpanan papan pemuka dan poket sisi kerusi belakang lebih besar. 

Honda menggunakan konsep ‘Man maximum, Machine minimum’ yang mana bahagian kabin lebih ringkas berbanding sebelum ini dengan papan pemuka rata. 

Panel meter melintang menawarkan ruang pandangan lebih baik buat pemandu. Honda masih belum mendedahkan harga, enjin dan transmisi kei car itu.

N-BOX generasi kedua menggunakan enjin 660cc aspirasi semulajadi dan 660cc turbo dengan transmisi CVT.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here