Dua rakan sekerja warga Bangladesh maut langgar Proton X50

808

Dua rakan sekerja warga Bangladesh maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah SUV di persimpangan lampu isyarat USJ, Persiaran Klang, Subang Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut kira-kira jam 2.05 pagi.

Ketika kejadian penunggang berusia 29 tahun dan rakannya pembonceng berusia 26 tahun dalam perjalanan dari arah Persiaran Kewajipan ke arah Shah Alam.



“Siasatan awal mendapati, motosikal LC135 yang dinaiki kedua-dua lelaki itu bergerak terus sebelum bertembung dengan kereta Proton X50 di tengah persimpangan lampu isyarat.

“Kereta tersebut sedang membelok ke kanan dari arah Tol USJ ke arah Persiaran Kewajipan. Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng maut di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here