Parkir percuma di semua daerah yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan menjadi tarikan rakyat untuk mengundi calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Parti Amanah Negara (Amanah Kelantan Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, tawaran parkir percuma itu akan bermula pada 13 Ogos ini atau sehari selepas mengundi.
“Tawaran ini mendapat sambutan dan tindak balas yang positif dalam kalangan rakyat negeri ini.
“Parkir percuma bukan sahaja di Kota Bharu, malah akan dilaksanakan kepada semua daerah di Kelantan,” katanya.