Sebuah video tular menunjukkan pemandu Tesla Model Y bukan sahaja melanggar stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) bahkan dia tidak menyedarinya.
Menerusi video yang dikongsi, Tesla berwarna putih itu sedang memandu keluar dari ruangan parkir di Honolulu, Hawai dan menyeret sesuatu.
Ketika perakam video mendekati, pemuda itu melihat sebuah stesen pengecas tersekat di bawah bampar depan Tesla Model Y tersebut.
Dia meminta warga emas berkenaan berhenti memandu dan keluar daripada kenderaan untuk melihat objek yang berada di bawah bampar Tesla tersebut.
Dalam video berkenaan, pemandu EV itu seperti keliru dengan situasi yang berlaku tambahan kenderaannya tidak dapat memecut pada kelajuan normal.
Apabila perakam video mengelilingi bahagian depan kereta, boleh dilihat kedua-dua tayar belakang pada Model Y pancit dan tayar depan kelihatan terkeluar sepenuhnya.
Difahamkan, pemandu wanita itu akhirnya keluar daripada kenderaan untuk melihat kejadian yang berlaku.