Nahas Elmina: Ini info ringkas jet peribadi Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas

1841

Jet Valet mengesahkan pesawat peribadi Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berdekatan Elmina, Shah Alam, petang tadi adalah pesawat milik syarikat tersebut.

Kredit Foto: FB MalDef

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya akan memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden melibatkan pesawat malang tersebut.

Merujuk laman web Jet Valet, pesawat Beechcraft 390 Premier 1 merupakan salah satu jet peribadi sewa khas yang ditawarkan selain Hawker Beechcraft 4000 dan Gulfstream G4.



Syarikat berkenaan menawarkan penerbangan ke beberapa lokasi antaranya Kota Kinabalu, Langkawi, Bali, Jakarta, Dubai, Kuching dan Bangkok. 

PENERBANGAN JARAK DEKAT

Kabin Beechcraft 390 Premier 1

Pesawat ringan berkenaan menawarkan perkhidmatan penerbangan jarak pendek dengan kapasiti enam penumpang dan satu hingga dua kru.

Ia dilengkapi dengan dua enjin turbofan Williams FJ 44-2A (bahagian belakang) yang mana setiap satu menghasilkan kuasa 10.23kN.

Pesawat berkenaan mampu terbang dengan ketinggian maksimum 41,000 kaki dan jarak perjalanan 2,500km. Sementara, kelajuan pelayaran pula pada 683kmj dan kelajuan maksimum 835kmj.

Pesawat yang dihasilkan oleh Hawker Beechcraft itu dikeluarkan bagi bersaing dengan siri pesawat Cessna CitationJet. Ia dikeluarkan bermula 1998 hingga 2013 dengan jumlah pengeluaran 298 unit. 

Sementara, susun atur kokpit dengan panjang 4.11 meter, lebar (1.69 meter) dan tinggi (1.68 meter) tersebut di bahagikan kepada tiga kerusi di kiri dan kanan bersama kemudahan lain seperti tandas, almari, meja eksekutif, kabin AFT dan outlet 115V.

KOS TAHUNAN 

Pesawat itu dilancarkan secara rasmi pada Konvensyen Persatuan Perniagaan Penerbangan Kebangsaan pada September 1995 dan pembinaan prototaip pertama dimulakan lewat 1996.

Prototaip Premier I dilancarkan pada 19 Ogos 1998 dan penerbangan pertama adalah pada 22 Disember 1998. 

Menurut Guardian Jet, nilai harga pasaran pesawat berkenaan adalah USD 1,549,000 (RM7.2 juta).

Manakala kos setahun yang perlu dikeluarkan (300 jam penerbangan) adalah RM1.3 juta (kos melibatkan kru, hangar, insurans), RM3.99 juta (kos operasi) dan RM1.7 juta (kos pembolehubah melibatkan bahan bakar dan selenggara).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here