Seorang pemandu lori berkongsi kejadian jet peribadi yang terhempas berdekatan Elmina di akaun TikTok miliknya.
Menerusi video yang dikongsi, pemuda berkenaan berkongsi berada di lokasi kejadian ketika pesawat berkenaan terhempas dan meletup.
@affyndy assalamualaikum selamat petang.: kapal terhempas depan mata saya… dan saya turun dari lori.. terdengar yang arwah mintk tlg.. dan saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori.. saya terus pergi dekat arwah.. masa tu arwah masih bergerak.. dan saya nak rapat dengan arwah masih ada barang2 yang meletup.. dan berapa saat saja.. saya trus pergi dekat arwah tembak pemadam api.. tapi pemadam api saya tak ckup untuk padam api di badan arwah.. #sayas sudah cuba nak selamatkan rider moto… maafkan saya…al fatihah untuk arwah… #fypppp ♬ original sound – Affy Ndy
Susulan itu, rakannya segera menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian yang berlaku.
Pemuda asal Sik, Kedah itu berkongsi rasa terkilan apabila tidak dapat menyelamatkan rider penghantar makanan tersebut. Dia menyatakan terdengar Muhamad Hafiz Muhamad Salleh meminta tolong.
“Saya nangis sebab arwah sebut Allah dan mintak tolong.
“Saya turun dari lori.. terdengar yang arwah mintak tolong.. dan saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori, terus pergi dekat arwah.
“Masa tu arwah masih bergerak.. dan saya nak rapat dengan arwah masih ada barang-barang yang meletup dan berapa saat saja saya terus pergi dekat arwah tembak pemadam api.. tapi pemadam api saya tak ckup untuk padam api di badan arwah,” kongsinya.
Pemuda itu juga sebak kerana menyaksikan arwah meninggal dan masih terbayang situasi berkenaan. Jelasnya, dia melihat arwah merangkak sebelum motornya meletup.
“Saya masih rasa bersalah tak dapat tolong time dia mintak tolong.. maafkan saya arwah,” tulisnya di ruangan komen.
Video yang dikongsi pemuda berkenaan sudah mencapai lebih daripada 800,000 tontonan.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan seramai 10 mangsa maut dalam nahas pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam.
Pesawat itu dari Langkawi itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Subang.