SYM Tuscany 150 rasmi lancar ke pasaran tempatan pada harga RM8,888 seunit. Skuter klasik itu didatangkan dengan dengan tiga warna iaitu merah, kelabu dan putih.
Skuter itu dijana oleh enjin 149.6cc satu silinder 4-lejang yang menghasilkan kuasa 8.5Kw @ 8,000rpm dan tork maksimum 11.4Nm @ 5,500rpm bersama transmisi CVT.
Ciri peralatan yang ditawarkan pada skuter berkenaan antaranya Smart Key System dengan penggera anti-curi.
Sistem kunci pintar itu berfungsi menghidupkan dan mematikan enjin serta membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.
Skuter itu didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.