CFMOTO Malaysia memperkenalkan model terbaru, 800NK Advanced pada harga RM38,888.
Pasaran tempatan menerima dua pilihan warna iaitu Zircon Black dan Nebula White. Berikut informasi ringkas tentang CFMoto 800NK Advanced:
- Menggunakan enjin 799cc DOHC yang menghasilkan kuasa 74kW @ 9,500rpm dan tork 81Nm @ 8,000rpm.
- Dilengkapi dengan klac slipper.
- Menggunakan suspensi KYB terbalik boleh laras di depan dan KYB tunggal di belakang bersama tayar bersaiz 120/60-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang).
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) meningkatkan kawalan dan kestabilan tekanan brek pada tayar.
- Tawaran Smart Key System berfungsi untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda.
- Skrin TFT bersaiz 8-inci boleh disambung ke telefon pintar menerusi bluetooth yang memaparkan navigasi dan muzik.
- Kemaskini perisian boleh dilakukan menerusi OTA (Over-The-Air).