Baru-baru ini, EMOS mengumumkan harga jualan Kawasaki ZX-25R SE yang bakal dilancarkan bulan depan.
Sebelum ini, pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia itu mengesahkan akan membawa masuk Kawasaki ZX-25RR.
Adakah EMOS akan melancarkan kedua-dua model secara berasingan?. Hasil risikan Motoqar, tarikh pelancarkan bagi versi ZX-25RR masih belum diputuskan.
Menurut sumber, kemungkinan model itu akan dilancarkan tahun depan yang mana EMOS akan memperkenalkan ZX-25R SE terlebih dahulu.
Di Indonesia, tambahan ciri peralatan yang diperkenalkan pada Kawasaki ZX-25RR melibatkan sistem suspensi fork depan terbalik (USD) 37mm SFF-BP jenis boleh laras prabeban dan top-out spring.
Manakala sistem monoshock belakang pula adalah jenis Showa BFRC-Lite boleh laras penuh.
Kawasaki ZX-25RR negara jiran itu hanya ditawarkan dalam warna hijau KRT pada harga Rp132 juta (RM40, 171).
Berapa pula harga ZX-25RR berkenaan apabila masuk Malaysia nanti?.