Toyota Corolla GR Sport: Varian baharu yang lebih sporty, harga bermula RM152,800

828

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melancarkan varian baharu Toyota Corolla GR Sport, selain memperkenalkan Toyota Corolla 1.8 G serta 1.8 E yang dinaik taraf.

Varian GR Sport adalah tambahan baharu Corolla yang sedia ada sebelum ini dan disasarkan kepada mereka mahukan kenderaan sedan tampak sporty.

Toyota Corolla GR Sport

Pembaharuan pada varian berkenaan membabitkan bampar hadapan. Ia jelas kelihatan dengan rekaan pada jaring radiator hitam. Lampu kabus dan utama LED.

Pada bahagian tepi, penggunaan cermin sisi hitam dengan rim GR Sport 18 inci warna gelap. Dipadankan tayar 225/40R18 yang lebih besar dan lebar untuk meningkatkan cengkaman ketika di selekoh. Selain itu, didatangkan tayar simpanan.

Belakang pula didatangkan bampar belakang dengan mempunyai peresap pada bahagian bawah, selain dipadankan logo GR Sport.

Apa yang menariknya, sistem suspensi ditala oleh GR untuk pengendalian lebih stabil selepas penggunaan peredam, gegelung dan bar penstabil baharu.

Ruang kabin pula, kerusi dibaluti material kulit dengan pada bahagian tepi mempunyai kemasan merah, pada perehat kepala pula mempunyai logo GR. Selain itu, pelapik kaki mempunyai logo GR.

Pada panel pintu dalam juga menerima kemasan warna merah. Selain itu ruang dalaman lebih menarik dengan kemasan jahitan merah pada kerusi, perehat tangan dan konsul tengah.

Ia kini menggunakan meter kluster digital berwarna bersaiz 12.3 inci yang mana ia boleh memilih empat grafik berbeza.

Ia menggunakan enjin 1.8 liter yang mampu menyalurkan 139PS dengan tork setinggi 172Nm. Kuasa itu disalurkan ke transmisi CVT tujuh kelajuan Sequential Shiftmatic. 

Bagi ciri keselamatan pula, ia dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense membabitkan Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Steering Assist and Lane Trace Assist with Lane Departure Alert (LDA) dan Automatic High Beam (AHB.) 

Toyota Corolla 1.8G and 1.8E yang dinaik taraf

Bagi model yang dinaik taraf ini, ia menerima pembaharuan pada bampar hadapan membabitkan geriji bawah hitam berkilat. Pembaharuan turut dilakukan pada jaringan jeriji untuk tampil aktif.

Ia juga didatangkan dengan rim rekaan baharu yang mana bagi varian 1.8G menggunakan rim 17 inci, manakala 16 inci untuk 1.8E.

Kerusi dibaluti kulit hitam sebagai standard 1.8G, selain kerusi pemandu berkuasa dengan lapan tahap. Ia juga dilengkapi skrin meter kluster 12.3 inci berwarna.

Harga Mengikut Varian:

  • Toyota Corolla GR Sport: Bermula RM152,800
  • Toyota Corolla 1.8G: Bermula RM147,800
  • Toyota Corolla 1.8E: Bermula RM139,800

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here