Semalam, UMW Toyota Motor rasmi memperkenalkan Toyota Corolla GR Sport ke pasaran tempatan.
Varian GR Sport merupakan pilihan tambahan di bawah lencana Corolla sedia ada dan disasarkan kepada pelanggan yang mahukan sedan gaya sporty.
Ia menggunakan enjin 1.8 liter yang mampu menyalurkan 139PS dengan tork setinggi 172Nm. Kuasa itu disalurkan ke transmisi CVT tujuh kelajuan Sequential Shiftmatic.
Berminat memiliki sedan berkenaan?, jadi berapakah bayaran bulanan yang perlu diperuntukkan pemilik untuk sebuah Corolla GR Sport?.
Di bawah, kami kongsi ansuran bulanan mengikut kiraan kasar yang didapati dari laman web Toyota Malaysia.
Harga Corolla GR Sport adalah RM152,800 seunit. Pengiraan berdasarkan pinjaman sewa beli selama 9-tahun dengan tawaran faedah pinjaman 2.5 peratus.
Bagi memiliki sedan berkenaan, pelanggan perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM15, 280.
Maka ansuran bulanan adalah sekitar RM1,560 dengan jumlah pinjaman RM137, 520.
Jika pelanggan memilih tempoh pinjaman lebih singkat iaitu 5-tahun, bayaran bulanan meningkat sekitar kira-kira RM2,579.
Selain daripada penambahan aksesori dan lencana GR Sport pada luaran dan dalaman, kelebihan pada versi sporty itu adalah sistem suspensi ditala oleh GR untuk pengendalian lebih stabil selepas penggunaan peredam, gegelung dan bar penstabil baharu.