Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pasukan siasatan juga telah berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.
“Data tersebut telah berjaya dimuat naik dan rakaman tersebut akan dihantar semula kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur. Rakaman kokpit berjaya didapatkan semula jadi semua rakaman suara tersebut akan dianalisa sebaik mungkin untuk kenalpasti punca nahas.
“Rakaman tersebut sedang dianalisa dan kita akan keluarkan laporan awal dalam masa dua minggu lagi,” katanya