Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran istimewa prefiks M (depan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M bermula Khamis (31 Ogos) ini sehingga 4 September (Isnin).
Tanda Indeks Nombor Pendaftaran Istimewa siri M_M tersebut membawa maksud Malaysia Merdeka bersempena Hari Kebangsaan tahun ini.
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 5 September (Selasa).
Harga bidaan adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu:
- Nombor Bernilai Utama (Golden) : RM20,000
- Nombor Menarik (Attractive) : RM3,000
- Nombor Popular (Popular) : RM800
- Nombor Biasa (Running) : RM300
Nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.