Pesawat Air China selamat mendarat di Singapura petang semalam selepas enjin di bahagian kiri terbakar.
Syarikat penerbangan itu berkata semua penumpang dan anak kapal dalam pesawat CA403 dari Lapangan Terbang Tianfu, Chengdu selamat dipindahkan. Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
SEMBILAN CEDERA RINGAN
@bens_social_club Air China Engine Fire in Singapore! Lucky all are well and safe🙏 #airchina #airchinaenginefire #changiairport #planefireandrescue #viral #fypシ #fyp #benssocialclub #tiktoksg
Air China berkata pesawat terlibat merupakan Airbus 320neo yang mula beroperasi empat tahun lalu.
Nahas udara maut terakhir China adalah pada Mac tahun lalu apabila Boeing 737-800 yang dikendalikan oleh China Eastern Airlines terhempas ke lereng bukit di Guangxi selatan China.
Kesemua 123 penumpang dan sembilan anak kapal terkorban. Siasatan rasmi mengenai kemalangan itu masih diteruskan.
@mothershipsg Air China and Changi Airport Group are providing assistance to all passengers and crew members. #sgnews #tiktoksg #airplaneincident
♬ BGM with a sense of tension in serious images and news reports(1095966) – nyansuke