Himpunan RXZ: Ramai kecoh, mula lari bila dikepung

487

Peserta Program Himpunan RXZ Members 5.0 mendedahkan keadaan yang tenang mula menjadi ‘panas’ apabila pihak berkuasa mula mengepung kawasan itu hingga menyebabkan ramai penunggang panik dan cuba melarikan diri.

Wakil Kumpulan Hashwan Santasio Yamaha RXZ Klang, Edly Reza, 36, berkata, kedata­ngan pihak berkuasa ke tapak program disebabkan oleh sikap segelintir individu yang bertindak di luar kawalan.



Namun, katanya, dia tak pasti siapa yang memulakan kekecohan tersebut hingga operasi terpaksa dilakukan di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu itu.

“Tetapi suasana dalam tapak ‘event’ semua terkawal, tidak ada sesiapa pun buat bising atau ‘rem’ ekzos sana sini. Kalau di luar kawasan program mungkin ada segelintir yang cuba mengeruhkan suasana pada hari tersebut,” katanya.

Dia yang dikenali sebagai Ko­boi menambah, pihaknya tidak menyalahkan penganjur atau pihak berkuasa kerana mereka telah menjalankan tugas masing-masing.

Menurut Edly, penganjur dan pihak berkuasa telah menjalankan tugas mereka, namun program menjadi kecoh kerana sikap segelintir individu yang sengaja mencetuskan provokasi.

“Kami seramai 60 penunggang datang dari Klang ke Terengganu telah mengikuti pelbagai langkah keselamatan seperti memakai vest keselamatan sepanjang perjalanan dan motosikal menggunakan ekzos standard.

“Sebab kita ke sana (Himpunan RXZ) untuk memeriahkan majlis bukan untuk buat onar atau berlumba di jalan raya,” tegasnya.

Seorang lagi peserta, Wan Amran, 43, memberitahu, tiada kekecohan dilakukan oleh mana-mana peserta dalam kawasan terbabit sepanjang himpunan itu berlangsung.

“Saya ada di situ kerana saya buka reruai menjual aksesori dan alat ganti motosikal. Kea­daan memang terkawal, walaupun ramai pakai ekzos ‘paip’ tetapi mereka tidak buat kecoh atau bising.

“Setahu saya yang buat kecoh di luar kawasan program dan tidak tahu siapa yang mulakan. Selepas itu baru kecoh dalam tapak program kerana pihak berkuasa mula mengepung kawasan terbabit dan ramai mula melarikan diri,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here