
Toyota Vios generasi keempat menerima penarafan 5-bintang bagi Program Penilaian Kereta Baharu yang dijalankan oleh ASEAN NCAP di bawah protokol 2021-2025.
Model yang diuji merupakan varian G tahun 2023 yang dipasang di Malaysia untuk pasaran tempatan. Penarafan yang sama turut terpakai ke atas varian Vios yang dipasang di Thailand untuk pasaran Brunei, Indonesia, Laos dan Kemboja.
Menerusi penilaian terkini tersebut, Vios baharu menerima mata keseluruhan 78.70. Bagi setiap kategori Vios memperoleh mata:
- Perlindungan penumpang dewasa: 35.25 daripada 40 mata penuh
- Perlindungan penumpang kanak-kanak: 16.64 daripada 20 mata penuh
- Teknologi bantuan keselamatan: 16.08 daripada 20 mata penuh
- Keselamatan penunggang motosikal: 10.73 mata
Bagi ujian perlindungan penumpang dewasa, penilaian kemalangan masih dilakukan pada impak depan dan sisi. Tidak akan ada perubahan berkaitan penggunaan dummy.
Namun, ASEAN NCAP telah meminda skor untuk impak sisi yang mana akan dikurangkan sebanyak 50 peratus manakala mata tambahan akan diberi ganjaran untuk Teknologi Perlindungan Kepala (HPT).
Perubahan sedemikian akan menggalakkan pemasangan lebih banyak beg udara tirai di rantau Asean.
Manakala, keselamatan penunggang motosikal menjadi penilaian tambahan yang utama. Vios mencatatkan 8.58 daripada 16 mata penuh yang mana disumbangkan skor utama disumbang oleh ujian pengesanan tiktik buta dengan mata 5.33.
Protokol itu turut melibatkan pemasangan sistem Visualisasi belakang termaju (ARV), yang mana menempatkan kamera di belakang kereta dan MST termaju. Bagaimanapun Vios tidak ditawarkan dengan ciri berkenaan dan mendapat sifar.