Rider tular motosikal disita akan didakwa Disember ini

1349

Penghantar makanan yang videonya tular berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikal disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Nilai baru-baru ini akan didakwa di mahkamah Disember depan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya telah memerintahkan lelaki berusia 26 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada insurans.

“Kami hanya mengambil tindakan mengikut undang-undang.



“Tetapi pemuda itu boleh mengambil semula motosikalnya selepas fail siasatan telah dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui,” katanya.

Kisah Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar mendapat perhatian selepas videonya berdurasi 18 saat tular hingga mengundang simpati warganet yang turut mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukannya.

Bagaimanapun media melaporkan pemuda itu mengakui kesalahan dilakukan dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Sebelum itu juga, Hanif Yusabra dalam satu kenyataan memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here