Vespa 946 10 Anniversario (2023) lancar di Malaysia, harga RM100K!

568

Sempena acara Malaysia Vespa Festa 2023 yang diadakan pada hujung minggu lalu, Didi Group pengedar dan pengimport Vespa di negara ini memperkenalkan skuter 946 10 Anniversario 2023.

Ini adalah model skuter paling termahal oleh Vespa, dengan keluaran Koleksi Lunar bersempena tahun arnab dalam kalender Cina.



Bagi pasaran global, hanya 1,000 unit Sahaja dikeluarkan dan Malaysia hanya menerima beberapa unit sahaja. Apa yang difahamkan, semuanya sudah berpunya.

Setiap satunya mempunyai plet nombor keluaran yang dilekatkan pada tempat simpanan barang di bawah bahagian pemegang. Melengkapkan penampilannya adalah warna hijau muda serta kemasan hitam di beberapa bahagian lain.

Ia menggunakan enjin empat lejang satu silinder 150 cc, dan diberikan dengan ciri seperti panel paparan LCD, lampu depan dan belakang LED serta rim 12 inci di depan dan belakang. 

Kedua-dua brek depan dan belakang skuter istimewa ini menggunakan tetapan cakera dan ia diberi terus dengan sistem ABS dual-channel. Sistem keselamatan juga ditambah lagi dengan kawalan cengkaman yang dipanggil sebagai ASR.

Vespa 946 10 Anniversario 2023 dijual pada harga RM99,900 tidak termasuk insurans.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here