Januari hingga Ogos, 18 anggota dan pegawai polis dibuang kerja

514

Seramai 18 anggota dan pegawai polis di ibu negara dibuang kerja manakala enam diturunkan pangkat bagi tempoh Januari hingga Ogos.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Gambar hiasan

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh Januari hingga Ogos.



“Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Menurutnya, kegagalan melaksanakan penyeliaan yang berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

Katanya, kawalan dan pengawasan tatatertib harus diperkasakan selaras dengan Peraturan 3C Pegawai Awam seperti digariskan di bawah Kelakuan dan Peraturan-Peraturan Tatatertib 1993.

“Saya menuntut kepada semua ketua jabatan polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan.

“Jalankan pemantauan tanpa sebaran ‘cover-up,’ kronisme dan pilih kasih selain memulakan pendekatan lebih agresif dalam memperkasakan Peraturan 3C,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here