Ducati Multistrada V4 S Grand Tour: Jentera mengembara tanpa had!

397

Buat peminat Ducati yang gemar mengembara tanpa had, dalam keselesaan dan keselamatan maksimum. Ini adalah pilihan anda, selepas Ducati memperkenalkan Multistrada V4 S Grand Tour 2024.

Ia sebenarnya dilengkapi standard sistem radar dengan Adaptive Cruise Control (ACC) dan Blind Spot Detection (BSD) untuk meningkatkan keselamatan serta keselesaan menunggang. 

Masih menggunakan ciri keselamatan sistem TPMS, yang menunjukkan tekanan tayar pada papan pemuka, dan lampu LED tambahan (standard) untuk meningkatkan penglihatan pada malam dan dalam kabus.



Malah, kotak simpanan tepi pula didatangkan standard dengan jumlah muatan mencecah 60 liter. Keselesaan pada Multistrada V4 S Grand Tour juga ditambah dengan kelengkapan pemanas pemegang tangan dan tempat duduk. 

Selain itu, ia  didatangkan dengan penutup tangki minyak bebas tangan memudahkan pengisian bahan api, membolehkan sentiasa menyimpan kunci motosikal di dalam poket.

Jentera itu juga menggabungkan beberapa kemas kini yang diterima pakai pada Rally V4. Bar hendal sebenarnya dipasang tegar pada kepala stereng, tanpa silent blocks, memberikan rasa tunggangan yang lebih langsung tanpa menjejaskan keselesaan.

Tempat duduk juga diambil daripada model Rally V4, untuk sokongan optimum pada perjalanan jauh. Bagi meningkatkan keselesaan terma, Multistrada V4 S Grand Tour menggunakan pelindung haba pada lengan hayun dan di sebelah kiri subframe belakang serta saluran boleh tutup di kawasan kaki. Petak yang dikhaskan untuk telefon pintar kini berventilasi.

Seperti pada semua keluarga Multistrada V4, Grand Tour juga dilengkapi dengan sistem navigasi berdasarkan Phone Mirroring yang membolehkan mengubah papan pemuka TFT 6.5 inci menjadi navigator peta berwarna dengan semua maklumat yang diperlukan untuk menunggang motosikal.

Kuasanya, Multistrada V4 S Grand Tour 2024 dijana oleh enjin Ducati V4 Granturismo 1,158cc, berupaya menghasilkan 170hp pada 10,500rpm dan tork 125Nm pada 8,750rpm.

Multistrada V4 S Grand Tour 2024 akan tersedia bermula penghujung September ini dan hanya menawarkan liveri Grand Tour sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here