Honda Malaysia lancar Civic Type R Rabu depan

345
Vietnam merupakan negara pertama di peringkat Asia Tenggara memperkenalkan Honda Civic Type R pada Oktober tahun lalu.
 
Sementara, Januari lalu negara jiran Thailand membuka tempahan hot hatch berprestasi berkenaan pada harga sekitar RM517,000.
 
 
Bagaimana pula dengan Malaysia?. Honda Civic Type R FL5 tersebut akan diperkenalkan pada 27 September (Rabu) depan.
 

Honda Civic Type R menggunakan enjin KC20C1 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 325hp dan tork 420Nm bersama transmisi 6-kelajuan manual yang dipertingkatkan.

Lebih panjang, rendah dan lebar, reka bentuk Type R menampilkan aerodinamik yang canggih bagi seimbangkan daya tekanan ke bawah serta mengurangkan seretan udara.

Reka bentuk bampar depan baharu yang lebih agresif menampilkan jeriji sarang lebah. Rekaan baharu jeriji depan yang lebih besar di belakang roda meningkatkan kecekapan aliran udara. 



Bahagian dalaman Civic pula didatangkan tempat duduk merah ikonik Type R termasuk warna karpet dan kemasan, selain kepingan Type R bersiri yang kini diletakkan pada pemuka .

Reka bentuk meter kini lebih eksklusif dengan kehadiaran mod pemanduan +R baharu membolehkan pemandu mendapatkan maklumat yang diperlukan serta-merta. Ia memaparkan lampu penunjuk rpm dan kedudukan gear diletakkan di bahagian atas. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here