Denza mengumumkan pengeluaran ke-100,000 Denza D9 selepas 11 bulan di pasaran. Ketika ini, lapan model ditawarkan merangkumi tiga versi elektrik dan lima plug in hibrid.
Penghantaran pertama model itu kepada pelanggan pada 26 Oktober lalu. Pada Ogos tahun ini, sebanyak 10, 035 unit D9 terjual sekaligus menjadikannya MPV mewah terlaris selama lapan bulan berturut.
Pecahan kepada jualan Ogos itu sebanyak 9,734 model plug in hibrid manakala selebihnya adalah elektrik.
Selain itu, pada 5 Ogos lalu Denza memperkenalkan model eksklusif D9 DM-i yang mana menawarkan jarak penggunaan elektrik penuh sejauh 98km.
Pada masa ini, model plug-in hibrid dikuasakan oleh sistem hibrid DM-i BYD yang terdiri daripada enjin 1.5T dan motor elektrik denga jarak pemanduan elektrik penuh 50km, 98km, 190km dan 180km.
Julat pelayaran komprehensif adalah sejauh 1,040km. Model elektrik ditawarkan dalam pacuan dua roda dan empat roda, dengan jarak perbatuan (CLTC) sejauh masing-masing 620km dan 600km.
Pacuan dua roda dilengkapi dengan motor depan berkuasa 230 kW manakala pacuan empat roda dilengkapi dengan dua motor dengan kuasa gabungan 275 kW.
Kabin Denza D9 dilengkapi dengan panel instrumen 3D 10.25-inci dan skrin tengah terapung 15.6-inci yang didatangkan dengan sistem konektiviti pintar binaan dalam Denza Link 5G.
Julat harga jualan D9 adalah antara CNY 335,800 hingga CNY 465,800 (RM215,669 – RM299,162). Denza bakal melancarkan lebih banyak model baharu tahun depan termasuklah tiga model SUV, MPV (2) dan sedan (3).