Toyota dilaporkan sedang mengusahakan versi lebih berkuasa daripada GR Yaris sedia ada.
Hatchback subkompak berprestasi tinggi itu akan diperkenalkan pada musim luruh ini menerusi enjin yang lebih bertenaga. Sementara, pengeluaran model itu akan bermula awal tahun depan.
GR Yaris baharu itu dikatakan bakal menerima perubahan penggayaan berbanding model semasa yang diperkenalkan pada awal 2020.
Sumber dari Toyota menyatakan enjin 1.6 liter turbo akan menyalurkan kuasa 300hp dan tork 370Nm sekaligus memberikan tambahan 28hp berbanding Yaris GRMN yang diperkenalkan awal tahun 2022 sebagai edisi khas Jepun.
Selain itu, tork juga lebih rendah 20Nm berbanding GRMN. Bukan sekadar perubahan trenkuasa, Toyota juga bakal menawarkan transmisi 8-kelajuan automatik baharu.
Berita itu dikukuhkan lagi apabila versi prototaip dipamerkan pada Mac tahun lalu pada Cabaran Rali Toyota Gazoo Racing. Laporan juga menjelaskan ia akan dipadankan dengan pedal shifter dan sistem lock-up baharu yang akan menjadi penukar tork automatik.
Perubahan tambahan lain termasuk suspensi dan brek serta ketegaran badan lebih baik. Model itu akan bakal menerima bampar baharu dan spoiler belakang yang lebih besar.
Di dalam, skrin dikemas kini yang dipinjam daripada GR Corolla. Tentunya dengan tambahan ciri peralatan sedemikian akan menyumbang kepada peningkatan harga.
Nantikan kemunculan hot hatch itu…