Proton Wira Batman bakal pamer di Amerika

1229

Modifikasi Proton Wira diinspirasikan daripada filem adiwira Batman, hasil kerja tangan mekanik tempatan.

Kenderaan enam tayar itu dicetuskan sekumpulan peminat permotoran Bambush Revamp Motorsport (BRM) sejak lima tahun lalu. Ia dilengkapi pintu hidraulik automatik dikendalikan alat kawalan jauh.



Presiden BRM, Jai Prakash berkata setakat ini kos ubahsuai kereta itu mencecah lebih RM100,000 menggunakan enjin VR4 turbo bersesuaian dengan bentuk dan kini hampir 70 peratus selesai.

Menurutnya, kenderaan itu direka khas bagi tujuan pameran automotif dan ia akan dipamerkan di Amerika Syarikat pada Mac tahun depan dalam usaha mengetengahkan kreativiti mekanik tempatan di peringkat global.

Katanya, ketika ini mereka masih meneliti penambahan yang perlu dilakukan menerusi idea ahli kelab sebelum memuktamadkannya untuk dipamerkan kepada orang ramai.

“Kadang kala ada bahagian yang kita sudah pasang terpaksa ditukar kepada konsep lain selepas menerima cadangan daripada ahli dan kami bercadang reka bentuk itu dipatenkan,” katanya

BRM ditubuhkan pada 2003 dan setakat ini terdapat 147 ahli aktif dari Pulau Pinang, Johor Bharu dan Lembah Klang yang terbabit dengan aktiviti pameran automotif, konvoi dan drift.

Kredit Foto: Nik Tajul 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here