Honda Malaysia membuka tempahan Honda Civic Type R ke pasaran tempatan pada harga RM399,900 seunit.
Untuk tahun ini, Honda Malaysia hanya membawa masuk 19 unit Civic Type R yang didatangkan dalam warna badan Championship White.
Bagi anda yang terlepas tahun ini, jangan bimbang Honda Malaysia akan membawa masuk unit baharu Type R tahun depan.
Bagaimanapun, oleh kerana unit terhad untuk tahun ini, pihak Honda Malaysia akan menggunakan sistem cabut undi bagi pelanggan yang telah menempah Civic Type R tersebut pada 20 Oktober.
Berikut fakta ringkas tentang Civic Type R (2023):
- Di bawah hud depan tersedia enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa 319PS (+9PS) @ 6,500rpm dan tork 420Nm (+20Nm) @ 2,600-4,000rpm.
- Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 5.5 saat dengan kelajuan maksimum 272kmj. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan manual.
- Hot hatch tersebut kini didatangkan dengan empat mod pemanduan Comfort, Sport, +R dan Individual (baharu).
- Generasi baharu kini memiliki panjang 4,593mm (+36mm), lebar 1,890mm (+13) dan tinggi 1,407mm (-27mm) serta jarak roda 2,735mm (+35mm) berbanding generasi sebelumnya.
- Bahagian kaki disokong dengan rim hitam kusam bersaiz 19-inci yang lebih ringan dengan struktur terbalik.
- Pemanduan dinamik dan sporty di jalan lurus dan selekoh disokong oleh suspensi topang dual axis (depan) dan multi link (belakang).
- Keupayaan memperlahankan kelajuan dan menghentikan jentera diserahkan kepada sistem brek cakera berliang Brembo di depan dan cakera solid di belakang.
- Masuk ke dalam kabin, aura sporty Type R diserlahkan menerusi pilihan kemasan warna merah pada kerusi dan pintu serta jahitan benang merah pada tombol gear dan stereng.
- Sementara, material aluminium pada panel konsol tengah dan tombol gear menyerlahkan rasa premium yang kemudian dilengkapkan dengan nombor siri Type R.
- Paparan skrin meter TFT bersaiz 10.2-inci memaparkan grafik eksklusif mod +R.
- Skrin audio bersaiz 9-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay juga boleh memaparkan Data Log R.
- Tidak ketinggalan Honda Civic Type R juga didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing dan Honda Connect demi ketenangan minda pemilik.
@motoqar Ini fakta ringkas tentang Honda Civic Type R FL5 untuk pasaran Malaysia. #honda #hondacivictyper #civictyper #hondamalaysia #motoqar #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾