Acara pusingan ketiga dan terakhir siri perlumbaan Toyota GAZOO Racing Festival serta GAZOO Racing (GR) Vios Challenge (Musim Keenam) diserikan lagi dengan pelancaran Vios generasi baharu dengan tranmisi manual.
Namun ia bukan jentera untuk dijual kepada pelanggan, tetapi kenderaan lumba yang bakal digunakan pada siri perlumbaan Toyota GAZOO Racing Festival serta GAZOO Racing (GR) Vios Challenge Musim Ketujuh pada tahun hadapan.
Ia masih menggunakan enjin sama seperti Vios yang dijual dipasaran buat masa ini iaitu 1.5 liter NA, tetapi ada perubahan untuk memenuhi piawaian ditetapkan.
Bagaimanapun difahamkan, jentera lumba yang dipandu selebriti akan menggunakan transmisi CVT dengan tujuh kelajuan, selain mempunyai padel dibelakang stereng. Apa yang sudah diubah suai pada jentera itu:
Kuasa
Menggunakan enjin 1.5 liter, tetapi jentera itu dipadankan transmisi lima kelajuan manual dan dilengkapi Limited Slip Differential (LSD).
Selain itu, kepingan klac dan penutup klac ditukar bagi untuk jentera lumba berkenaan.
Sistem ekzos ditukar untuk memberi bunyi serta prestasi yang lebih bagus membabitkan sistem itu keseluruhan termasuk manifold dan peredam.
Pengendalian
Untuk pengendalian pula, sistem suspensi ditukar membabitkan gegelung dan penyerap hentak, selain dipadankan batang penstabil.
Rim dipadankan saiz 15 inci Enkei Tuning SC58 dengan 7.0J yang dibaluti tayar 195/50 R15 Toyo Proxes TR1 dan diperketatkan nut berprestasi untuk perlumbaan.
Penampilan luaran dan dalaman
Pada bahagian luaran, jentera lumba itu dilengkapi pin kunci pada bonet dan tow hook untuk depan serta belakang.
Dalaman pula menggunakan tempat duduk yang memenuhi piawaian FIA dengan tali pinggan enam titik.
Roda stereng 350mm serta ruang kabin dipasang roll cage dengan enam titik.
Sistem keselamatan
Ia dilengkapi dengan sistem pemutus litar elektrik dan sistem pemadam api.
Buat peminat sukan permotoran yang mahu menyertai musim ketujuh acara itu, anda boleh menghubungi Pengurusan Perlumbaan iaitu Jane menerusi talian 016-3673300 atau melayari laman sesawang www.toyota.com.my